Adaptasi dari One Israel 1Malaysia

Pada 18 Mac 2010, Datuk Nazri akan membawa tuduhan Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Parlimen dipengerusikan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Tuduhan itu berhubung dakwaan Anwar bahawa firma konsultan APCO Worldwide [9] dipimpin oleh bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat yang telah mengasaskan slogan One Israel.[10] Anwar mendakwa bahawa pada 1999, APCO telah membantu Perdana Menteri Israel Ehud Barak menerusi One Israel. Sedangkan Malaysia menyokong Palestin dan menentang gerakan Zionis.[11] Dakwaan itu dinafikan oleh APCO yang menyatakan ia dilantik oleh kerajaan Malaysia selepas konsep 1Malaysia diilhamkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak.[12] Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebaliknya berkata hanya Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat yang boleh menentukan bentuk hukuman terhadap Ketua Pembangkang itu, yang biasanya merujuk kepada kes-kes lalu umpamanya yang membabitkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.[13]